Ibrahim ‘alayhi al-Salaam mempunyai dua set keluarga. Satu di Palestin, satu di Mekah. Baginda perlu menghabiskan masa yang optimum antara keluarga, dan masyarakat.
Sebuah kisah besar di dalam Surah al-Saafaat ayat 102:
Tatkala Ibrahim kembali ke Mekah, baginda memberitahu anaknya Ismail, bahawa Allah memerintahkan beliau agar menyembelih Ismail.
Ajaib!
Ismail anak yang sering ditinggalkan bapa.
Tetapi Ismail tidak membenci bapa.
“Lakukanlah ayah. Engkau akan dapati aku Insya Allah dari golongan yang sabar,” kata Ismail.
Apa rahsianya?
Kita tidak tahu.
Namun dalam ayat yang sama, Ibrahim menunjukkan contoh yang sangat mulia. Biar pun ia perintah Allah yang WAJIB ditunaikan, Ibrahim tetap meminta pendapat anaknya.
“Maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” tanya Ibrahim.
Bilakah kali terakhir kita mendengar pendapat anak?
Peluang itu sentiasa ada. Dengarlah, agar kita didengarinya.
Dengar bukan hanya dengan telinga.
Tapi mendengar dengan hati!
Sumber: http://abah.my
No comments:
Post a Comment