Followers

Nuffnang

Tuesday 7 August 2012

Bidadari Untuk Saidina Umar Bin Al-Khattab

                               Gambar Hiasan Ehsan: http://zohaymamontaner.deviantart.com/

Umar R.A. adalah salah seorang dari sahabat Rasulullah S.A.W. yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang membezakannya dari sahabat-sahabat yang lain. 

Semenjak dia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di depan kaabah secara terang-terangan. Umar adalah manusia biasa yang mempunya kualiti seorang Nabi.

Hal tersebut berdasarkan statment Nabi S.A.W: “Kalau seandainya ada Nabi setelahku tentulah dia Umar orangnya.” Akan tetapi pintu kenabian telah tertutup, maka jadilah Umar tetap Umar Bin Al-Khattab yang bukan seorang Nabi tetapi seorang tokoh islam yang telah mengukir sejarah dan mewarnai dunia dengan langkah-langkahnya yang cerdas dan briliant.

Umar R.A. adalah seorang yang warak, dia sangat teliti dalam mengamalkan islam. Umar R.A. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, dia kemudian melapor kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah S.A.W. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya.”


Rasulullah S.A.W. menjawab, “Sudah.”

Umar R.A. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah S.W.T. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah S.W.T. bersesuaian dengan kehendak yang ada pada hatinya, seperti pada peristiwa pengharaman khamr, ayat mengenai hijab, pengambilan maqam Ibrahim sebagai tempat solat dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.

Rasulullah S.A.W. seringkali bercerita tentang syurga dan neraka kepada para sahabat. Bilamana baginda bercerita tentang syurga, perasan rindu dan harapan besar memenuhi hati mereka agar mereka kelak menjadi penghuninya. Tetapi bilamana baginda bercerita tentang neraka mereka seakan-akan telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri sehingga ketakutan dan kecemasan melanda mereka sehingga sangat takut dengan semua pelanggaran dosa, sekecil apapun dosa itu.

Ketika Rasulullah S.A.W. dimikrajkan menghadap Allah S.W.T. untuk menerima perintah solat, baginda sempat diperlihatkan taman-taman syurga yang indah menawan. Rasulullah S.A.W. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Jibril A.S., “Wahai Jibril, bidadari siapakah itu?”

Malaikat Jibril A.S. menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan untuk sahabatmu Umar r.a. Pernah suatu hari dia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Dia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah S.W.T. maka saat itu juga Allah S.W.T. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya.”



Sumber: http://www.madinatulilmi.com

No comments:

Post a Comment