Followers

Nuffnang

Sunday 14 July 2013

Ramadhan – A Love Story


Saya memerlukan imaginasi anda sebentar:

✐Bayangkan dalam minda anda individu yang paling anda cintai.

✐Bayangkan sekiranya anda hanya boleh bertemu individu tersebut setahun sekali sahaja.
✐Bayangkan sekiranya anda hanya mempunyai 30 hari sahaja bersama-sama individu tersebut.

Bagaimanakah perasaan anda apabila anda bertemu dengannya setelah setahun berpisah?


Para Sahabat amat mencintai Ramadhan. Dalam bulan-bulan yang mendahului Ramadhan, mereka akan mengira hari-hari yang berlalu dengan harapan dapat bertemu dengan Ramadhan. Setelah Ramadhan tiba, mereka menyambut bulan mulia itu seolah-olah menyambut kepulangan kekasih tercinta.


Mengapa? Mengapa para Sahabat mencintai Ramadhan sampai tahap itu?


Kerana dalam Ramadhan, mereka dapat berlari lebih pantas menuju Allah. Mereka tidak mencintai Ramadhan kerana Ramadhan. Mereka mencintai Ramadhan kerana Allah. Sebelum Ramadhan, mereka berlari menuju Allah dengan muatan yang berat – Syaitan.


Sekarang, Syaitan sudah tiada. Maka, mereka melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk mereka mendekati Allah.


Equation mereka mudah. Mereka cinta Allah = mereka cinta golongan yang cintakan Allah + mereka cinta apa-apa sahaja yang boleh mendekatkan mereka kepada Allah.


Kerana itu, mereka cintakan Ramadhan dan pertemuan dengan bulan mulia ini ialah satu detik yang dinanti-nantikan.


Semoga Allah masukkan kita dalam golongan yang cintakan Ramadhan. Ameen.


Bagaimanakah anda menghabiskan 30 hari bersama-samanya?


Setelah berpisah setahun, akhirnya kita bertemu!


Tetapi, pertemuan kita hanya sekejap sahaja – 30 hari. Bagi mereka yang hangat bercinta, 30 hari itu tidak mencukupi.


Suka atau tidak, itulah realitinya. Pertemuan kita sebentar sahaja. Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah kita akan menghabiskan 30 hari itu?


Bagi yang hangat bercinta, sudah semestinya mereka akan bersama 24 jam; melekat ibarat gam gajah. Apa-apa sahaja yang boleh memisahkan mereka, akan mereka tepis ke tepi.


Ramadhan datang dengan barakah yang pelbagai – bulan diturunnya Quran, pahala berganda-ganda-ganda, ibadah dipermudahkan, mengubah tabiat dipermudahkan, solat terawih, melatih Taqwa, dan malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun).


Tetapi bagi mereka yang tidak mengambil kesempatan ini, bulan Ramadhan akan menjadi seperti bulan-bulan lain.


Ibarat orang yang masuk ke dalam gua yang dipenuhi dengan emas, tetapi keluar dengan gangsa sahaja.

Amatlah rugi orang seperti ini.

Semoga Allah tidak masukkan kita dalam golongan yang bazirkan Ramadhan. Ameen.


Bagaimanakah perasaan anda tatkala 30 hari itu sudah tamat?


Sekarang baru minggu pertama bulan Ramadhan, maka tarikh perpisahan kita dengannya kelihatan jauh.


Bagi yang hangat bercinta, tatkala hari pertama mereka bertemu, mereka sudah risau akan kedatangan hari di mana mereka akan berpisah.


Dalam kerisauan itu, rasa cinta bertambah. Kita akan lebih menghargai Ramadhan yang sedang bersama kita, kerana dia akan pergi tidak lama lagi. Apabila dia pergi, kita akan merinduinya. Sepertimana para Sahabat merinduinya.


Semoga Allah masukkan kita dalam golongan yang rindukan Ramadhan.


Konklusi


Beginilah mindset yang harus kita tetapkan dalam diri kita dan dalam diri keluarga kita di awal Ramadhan.


Jika mindset ini terpahat dalam minda, maka kita akan melihat setiap detik yang berlalu sebagai berharga dan tidak patut dibazirkan.


Bak kata Profesor Tariq Ramadan, “Our relationship with Allah is a love story.” Tiada bulan yang lebih istimewa untuk kita suburkan cinta kita kepada Allah daripada bulan Ramadhan.


Go on. Go write your love story. Make it special. 




Kredit: Muhammad Aiman bin Azlan



2 comments:

  1. Sememangnya manusia mudah alpa dengan duniawi, lupa tentang keindahan bulan yang paling mulia, semoga nukilan ini dapat memberi pedoman kepada semua termasuk mat jo sekali, indahnya bulan Ramadhan,

    ReplyDelete
  2. subhanallahh.semoga kita menjadi perindu ramadhan. :)

    ReplyDelete