Followers

Nuffnang

Wednesday 1 August 2012

Kisah Wang Rp 1000 Dan Rp 100,000



Wang Rp 1000 dan Rp 100,000 sama-sama diperbuat dari kertas, sama-sama dicetak dan diedarkan oleh Bank Indonesia (BI). Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar sekitar masyarakat, 4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.
Kemudian di antara kedua wang tersebut terjadilah percakapan. Rp 100,000 bertanya kepada Rp 1000, "kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?" 
Rp 1.000 menjawab, "kerana sebaik aku keluar dari Bank langsung  berada di tangan orang-orang bawahan dari penarik beca, penjual sayur, penjual ikan dan di tangan pengemis."
Lalu Rp 1000 bertanya balik kepada Rp 100,000, "kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" 
Dijawabnya, "kerana sebaik aku keluar dari Bank, langsung disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di mall dan juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."
Lalu Rp 1000 bertanya lagi, "pernahkah engkau singgah di masjid dan surau-surau?" 
Dijawabnya, "belum pernah." 
Rp 1.000 pun berkata lagi, "ketahuilah walaupun aku hanya Rp 1000, tetapi aku selalu singgah di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."
Akhirnya menangislah Rp 100,000 kerana merasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Jadi bukan seberapa besar penghasilan kita, tetapi seberapa bermanfaat penghasilan kita pakai untuk ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

Di edit dari: http://pisangan.com/


No comments:

Post a Comment